Jul 26, 2024 5PM
Pengeluar “Apple Plus 101" Pentingkan Sijil Halal Dalam Produk Kesihatan dan Kesejahteraan
Bukan mudah untuk mendapatkan pensijilan halal bagi sesuatu produk jika tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Namun faktor tersebut merupakan perkara penting yang memberi keyakinan kepada pengguna.
Mengakui perkara tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran eCare, Cedric Loo berkata hampir setahun dia berusaha mendapatkan sijil tersebut demi memuaskan hati pelanggan produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster.
“Setiap perniagaan ada cabaran tersendiri, bagi pihak kami, ia adalah satu cabaran yang besar selagi mana produk yang dijual belum berjaya memperoleh sijil halal.
“Pada awalnya sasaran pembeli kita adalah hanya tertumpu kepada rakan-rakan terdekat sahaja dan apabila kita mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran Malaysia dengan lebih meluas, orang ramai mula bertanya sekiranya kita mempunyai sijil halal atau tidak.
“Justeru pada tahun lalu kita mula melakukan prosedur bagi proses permohonan sijil halal dan kami berjaya memperolehnya pada Julai 2024.
“Selain itu, memandangkan kita menawarkan produk yang mempunyai pelbagai kebaikan, orang ramai tidak mudah percaya kerana ia adalah perkara yang mustahil. Disebabkan itu kita bawa pakar nutrisi yang bersama-sama menghasilkan produk ini untuk menerangkan mengenai kebaikan yang ditawarkan kepada tubuh badan manusia,” ujarnya.
Cedric berkata pensijilan tersebut juga menandakan
pencapaian penting bagi syarikatnya dalam memperluaskan produknya serta memenuhi keperluan pelbagai pasaran di Malaysia.
“Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, kami memahami kepentingan pensijilan halal di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
“Dengan memperoleh pensijilan ini, kami memastikan bahawa produk kami memenuhi standard kualiti tertinggi dan boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira sekatan diet.
“Langkah ini mengukuhkan komitmen kami terhadap keterangkuman dan misi untuk meningkatkan kesihatan dan kekayaan pelanggan kami,” ujarnya.
Jelasnya lagi kualiti dan keselamatan produk mereka turut disahkan oleh pelbagai badan berwibawa.
“Antaranya seperti Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Pensijilan 100 peratus Vegetarian,” katanya.
Dalam pada itu, Cedric berkata dua ahli gusti profesional terkenal Malaysia turut diperkenalkan sebagai duta jenama.
“Mereka berdua merupakan atlet negara bagi sukan gusti iaitu Ayez Shaukat Fonseka Farid dan Nor Diana Khamaruzaman.
“Kami berbesar hati mempunyai mereka mewakili eCare. Penglibatan mereka mengukuhkan komitmen kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menginspirasi komuniti kami untuk mencapai kecemerlangan,” ujarnya yang juga merupakan Pengasas D Magic.
Sumber: Wilayahku
Waktu Solat
18 Oct 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:01